Sunday, February 15, 2009
Himpunan Mahasiswa T’ganu 2008 capai matlamat
KUALA TERENGGANU – Seramai 2,310 mahasiswa negeri ini hadir pada majlis Himpunan Mahasiswa Terengganu 2008, anjuran kerajaan negeri Terengganu dan Yayasan Terengganu (YT) dengan kerjasama Sekretariat Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) di Dewan Besar Wisma Darul Iman.
Ketua Penolong Pengarah YT, Mohd Razali Mahmud berkata, jumlah berkenaan meningkat berbanding tahun sebelumnya.
“Jika sebelum ini iaitu pada tahun 2007, kita mampu mengumpulkan 2,100 mahasiswa negeri ini tetapi kali ini peningkatan sebanyak 200 orang adalah sangat bermakna.
“Ia menunjukkan program ini mampu memberi mesej tersendiri kepada golongan cerdik pandai,” katanya.
Menurut Mohd Razali, program Himpunan Mahasiswa Terengganu 2008 itu bertujuan berkongsi pemikiran dan memupuk jalinan erat antara mahasiswa serta kepimpinan negeri.
“Program juga bertujuan menanam dan menyemarakkan rasa cinta mahasiswa kepada negeri, selain berusaha memartabatkan Terengganu sebagai negeri maju serta moden,” katanya.
Sementara itu, mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) yang juga timbalan pengarah program, Mohd Faiq Mohd Abdul Majid berkata, kehadiran penuntut dari 22 institusi pengajian tinggi awam dan swasta menunjukkan komitmen mereka dalam memperoleh kecemerlangan ilmu.
“Bukan mudah menggabungkan kesemua mahasiswa dalam satu masa tetapi Himpunan Mahasiswa Terengganu berjaya membuktikannya dan kita berharap supaya program ini diteruskan pada masa akan datang,” katanya.
Menurutnya, Permata telah diwujudkan di sesetengah IPT dengan tujuan mempelbagaikan program mahasiswa negeri ini tetapi di UUM, pihaknya mengambil inisiatif menubuhkan Persatuan Ad Hoc dan keanggotaannya adalah anak negeri ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
beh ayt faiQ..x aci guh..faiQ jer glemer nih..huhu
ReplyDeletebob ade jugak duk tepi tu...tapi faiq je wartawan tu tanya......cemburunye!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDelete