MAKLUMAT TERKINI

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, February 15, 2009

Peruntukan RM25,000 bantu mahasiswa T'ganu




KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri akan menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM25,000 kepada 22 persatuan mahasiswa anak Terengganu di seluruh institut pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, bantuan penyaluran sumber kewangan itu akan bermula awal Januari ini melalui Yayasan Terengganu (YT).

“Sebenarnya, negeri ini masih lagi ketinggalan dalam bidang pendidikan, justeru, kerajaan negeri tidak jemu-jemu berusaha memajukan aspek ini walaupun terpaksa mengeluarkan peruntukkan besar kerana itu adalah keutamaan kami.

“Kerajaan negeri komited mahu memajukan bidang pendidikan kerana kami percaya, hanya pendidikan sahaja yang dapat mengubah minda masyarakat tempatan,” katanya kepada Sinar Harian ketika menghadiri Majlis Himpunan Mahasiswa Anak Terengganu 2008 di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd Rahman dan Pengarah YT, Kamarul Al-Amin Ismail.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, pihaknya sendiri akan turun padang melihat keadaan sebenar mahasiswa anak Terengganu di seluruh IPTA, tahun hadapan.

“Saya pernah menjadi mahasiswa satu ketika dahulu, sudah tentulah saya memahami kesusahan yang dialami penuntut ketika di universiti.

“Kami juga bercita-cita mahu melahirkan jurutera anak Terengganu bagi memastikan mereka cemerlang sama ada di dalam mahupun luar negara, sekali gus membantu memenuhi sumber tenaga negara dan negeri ini, khususnya pada masa akan datang dalam pelbagai bidang,” katanya.

No comments:

Post a Comment

slide show