MAKLUMAT TERKINI

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, February 16, 2009

MAJLIS PELANCARAN SEKRETARIAT PERMATA


Majlis pelancaran sekretariat PERMATA ini telah dilancarkan oleh YB Encik Ahmad Razif bin Abd Rahman pada 16 Januari 2009 bersamaan dengan hari Jumaat di Wisma Darul Iman . Seramai 700 orang mahasiswa dari pelbagai universiti telah datang ke majlis ini untuk sama-sama memberi sokongan di atas majlis pelancaran ini. Dengan pelancaran ini, diharap PERMATA akan terus dapat menjalankan pelbagai program yang telah dirangka dan sama-sama dapat menjulang Mahasiswa Anak Terengganu ini.

PENASIHAT PERMATA



En Mohd Razali Bin Mahmud Ketua Penolong Pengarah Tajaan Yayasan Terengganu merupakan penasihat kepada sekretariat Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu(PERMATA) yang bernaung di bawah Yayasan Terengganu. Beliau seorang pegawai selaku pemimpin yang amat berkaliber dan disangjung tinggi oleh mahasiswa dan mahasiswi anak Terengganu di atas pengorbanan beliau dalam membangunkan mahasiswa Terengganu. Pelbagai program dan aktiviti dirangka bersama bagi memantapkan serta menonjolkan mahasiswa Terengganu di peringakat Global.

Menurut Beliau " mahasiswa merupakan tunjang serta aset kepada setiap negeri kerana mereka inilah yang akan menerajui tapuk pemerintahan negeri di masa akan datang. Golongan yang berpendidikan tinggi ini harus diambil berat untuk diasuh dengan aspek kepimpinan agar mereka semua mampu menjadi anak negeri Terengganu yang holistik atau mengetahui kesemua aspek sehingga menjadi seorang yang cemerlang, gemilang dan terbilang".

Sunday, February 15, 2009

Program ‘Amazing English Camp’ bermanfaat



KUALA TERENGGANU – Program ‘Amazing English Camp’ anjuran bersama Yayasan Terengganu dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) dilihat mampu membantu pelajar menguasai bahasa Inggeris (BI) dengan mudah.

Timbalan Pengarah Yayasan Terengganu (Pen-didikan), Zakaria Yusoh berkata, program berkenaan banyak memberi manfaat kepada setiap pelajar terpilih.

“Selain mengikuti setiap aktiviti disusun, pelajar ini mendapat banyak input berguna hasil daripada tunjuk ajar 20 fasilitator dari tiga buah universiti iaitu Universiti Teknologi Petronas, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Pendidikan Sultan Idris yang mengikuti program TESL di universiti masing-masing,” katanya.

Sementara itu, menurut Zakaria, seramai 200 pelajar Tingkatan Empat dan Lima dari 16 buah sekolah menengah Parlimen Kuala Terengganu terpilih mengikut program ‘Amazing English Camp’ yang julung kali diadakan bertempat Peladang Setiu Agro Resort.

“Tujuan program, memupuk minat pelajar belajar BI dengan lebih mendalam, mewujudkan kemahiran berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program ‘Amazing English Camp’ di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Sheikh Abdul Malek.

Ditanya mengenai pemilihan fasilitator yang terdiri dalam kalangan mahasiswa universiti, Zakaria berkata, ia adalah satu keputusan sangat tepat.

“Fasilitator terpilih adalah kalangan mereka yang sudah menguasai BI.

“Jadi tidak salah jika mereka membantu peserta untuk meningkatkan penge-tahuan dalam bahasa itu,” katanya.

Peruntukan RM25,000 bantu mahasiswa T'ganu




KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri akan menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM25,000 kepada 22 persatuan mahasiswa anak Terengganu di seluruh institut pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, bantuan penyaluran sumber kewangan itu akan bermula awal Januari ini melalui Yayasan Terengganu (YT).

“Sebenarnya, negeri ini masih lagi ketinggalan dalam bidang pendidikan, justeru, kerajaan negeri tidak jemu-jemu berusaha memajukan aspek ini walaupun terpaksa mengeluarkan peruntukkan besar kerana itu adalah keutamaan kami.

“Kerajaan negeri komited mahu memajukan bidang pendidikan kerana kami percaya, hanya pendidikan sahaja yang dapat mengubah minda masyarakat tempatan,” katanya kepada Sinar Harian ketika menghadiri Majlis Himpunan Mahasiswa Anak Terengganu 2008 di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd Rahman dan Pengarah YT, Kamarul Al-Amin Ismail.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, pihaknya sendiri akan turun padang melihat keadaan sebenar mahasiswa anak Terengganu di seluruh IPTA, tahun hadapan.

“Saya pernah menjadi mahasiswa satu ketika dahulu, sudah tentulah saya memahami kesusahan yang dialami penuntut ketika di universiti.

“Kami juga bercita-cita mahu melahirkan jurutera anak Terengganu bagi memastikan mereka cemerlang sama ada di dalam mahupun luar negara, sekali gus membantu memenuhi sumber tenaga negara dan negeri ini, khususnya pada masa akan datang dalam pelbagai bidang,” katanya.

Himpunan Mahasiswa T’ganu 2008 capai matlamat




KUALA TERENGGANU – Seramai 2,310 mahasiswa negeri ini hadir pada majlis Himpunan Mahasiswa Terengganu 2008, anjuran kerajaan negeri Terengganu dan Yayasan Terengganu (YT) dengan kerjasama Sekretariat Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) di Dewan Besar Wisma Darul Iman.

Ketua Penolong Pengarah YT, Mohd Razali Mahmud berkata, jumlah berkenaan meningkat berbanding tahun sebelumnya.

“Jika sebelum ini iaitu pada tahun 2007, kita mampu mengumpulkan 2,100 mahasiswa negeri ini tetapi kali ini peningkatan sebanyak 200 orang adalah sangat bermakna.

“Ia menunjukkan program ini mampu memberi mesej tersendiri kepada golongan cerdik pandai,” katanya.

Menurut Mohd Razali, program Himpunan Mahasiswa Terengganu 2008 itu bertujuan berkongsi pemikiran dan memupuk jalinan erat antara mahasiswa serta kepimpinan negeri.

“Program juga bertujuan menanam dan menyemarakkan rasa cinta mahasiswa kepada negeri, selain berusaha memartabatkan Terengganu sebagai negeri maju serta moden,” katanya.

Sementara itu, mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) yang juga timbalan pengarah program, Mohd Faiq Mohd Abdul Majid berkata, kehadiran penuntut dari 22 institusi pengajian tinggi awam dan swasta menunjukkan komitmen mereka dalam memperoleh kecemerlangan ilmu.

“Bukan mudah menggabungkan kesemua mahasiswa dalam satu masa tetapi Himpunan Mahasiswa Terengganu berjaya membuktikannya dan kita berharap supaya program ini diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Menurutnya, Permata telah diwujudkan di sesetengah IPT dengan tujuan mempelbagaikan program mahasiswa negeri ini tetapi di UUM, pihaknya mengambil inisiatif menubuhkan Persatuan Ad Hoc dan keanggotaannya adalah anak negeri ini.

Saturday, February 14, 2009

Kursus Ketrampilan Kepimpinan Permata



Kursus Ketrampilan Kepimpinan Permata yang telah diadakan di Melaka bertujuan untk mengeratkan serta memperkukuhkan hubungan di antara Ahli Jawatankuasa Sekretariat Permata yang mewakili setiap universiti di Mlaysia. Program ini mendedahkan kepada mahasiswa berkaitan dengan aspek kepimpinan yang harus diamalkan sebagai persedian untuk menjadi generasi yang akan mentadbir negara di masa akan datang.

slide show