MAKLUMAT TERKINI

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, June 03, 2011

KARNIVAL SUKAN SISWA/SISWI PERMATA 2011




Sekretariat Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu akan menganjurkan Karnival Sukan Siswa/Siswi yang terbuka hanya kepada Mahasiswa Anak Terengganu Sahaja.

TARIKH : 1 & 2 JULY 2011 (JUMAAT & SABTU )
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : DS SPORT CENTRE, CHENDERING

JOHAN : RM1000.00
NAIB JOHAN : RM750.00
KETIGA : RM500.00

TARIKH TUTUP PENYERTAAN 23 JUN 2011

sEbArANg pErTAnYAaN SiLA hUBuNgI : 017-9396781 / 0148071730

Program Pra-Pelancaran Hopping ke Kenyir pada 31 Mei 2011


Program Pra- Pelancaran Hoping ke Kenyir merupakan program Sekretariat Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu dengan kerjasama KETENGAH..Seramai 40 orang peserta dari kalangan Mahasiswa anak terengganu terlibat..Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada golongan mahasiswa akan keindahan tasik buatan yang terletak di negeri Terengganu.
Program ini juga dapat mengeratkan lagi jalinan silaturahim sesama mahasiswa dan pihak KETENGAH yang telah lama terjalin..Terima Kasih diucapkan diatas kerjasama semua pihak dan Semoga program seperti ini dapat dijalankn lagi pada masa akan datang...

Saturday, February 12, 2011

Perancangan Aktiviti 2011~

Selepas tertubuhnya jawatankuasa baru sekretariat PERMATA 2011, kami bersepakat merancang beberapa aktiviti untuk dijalankan, terutamanya ketika cuti sem akan datang....Antaranya ialah :

1) Perhimpunan Mahasiswa di Tasik Kenyir
2) Karnival Sukan PERMATA ( futsal)
3) Kembara Pendidikan

*sebarang cadangan aktiviti adalah dialu2kan...;)
*semua info2 tentang perancangan aktiviti di atas akan diupdatekan di fb PERMATA..
*sebarang pertanyaan bolehla terus berhubung dengan admin2 di fb~ sekian =)

Friday, February 11, 2011

MAHASISWA TERENGGANU DI MESIR SELAMAT TIBA DI MALAYSIA

Penumpang berhimpit-himpit ketika menunggu di balai berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, awal pagi semalam selepas kebanyakan negara meminta warganya keluar dari Mesir berikutan ketegangan semakin memuncak meminta pengunduran Presiden Hosni Mubarak yang memasuki hari ketujuh, semalam.

Pelajar Terengganu di bawah tajaan Yayasan Terengganu yang sedang belajar di beberapa tempat di Mesir, kini dalam keadaan selamat.

Pengarah Yayasan Terengganu Aziz Mamat berkata, pihaknya sentiasa berhubung dengan kedutaan bagi mengetahui keadaan pelajar dan perkembangan terbaru keadaan di negara itu.

"Ketua Penolong Pengarah YT Razali Mahmud telah dihantar ke Wisma Putera di Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan lanjut tentang pelajar kita di sana," katanya semalam.

Aziz berkata, terdapat kira-kira 233 pelajar tajaan Yayasan Terengganu yang sedang belajar dalam pelbagai jurusan di Mesir seperti di Mansurah, Iskandariah dan Kaherah.

Beliau berkata, semua pelajar dinasihatkan supaya tinggal di asrama dan jangan keluar dari kediaman masing-masing.

"Kita difahamkan laporan daripada Wisma Putera, pergolakan di Mesir kini sudah sampai ke tahap Oren dari Kuning. Apabila sampai ke tahap Merah, pelajar ini akan dibawa keluar dari negara itu," katanya.

Sementara itu, laporan Bernama menyebut seramai 500 pelajar Malaysia akan berpindah secara berperingkat-peringkat dari kediaman masing-masing ke Rumah Melayu Abasiah Mesir (Arma) di Abasiah, Kaherah mulai semalam.

Presiden Persatuan Pelajar-Pelajar Perubatan Malaysia-Mesir , Muhammad Husaini Saleh berkata, arahan berpindah itu dikeluarkan oleh Kedutaan Malaysia di Mesir bagi mengelak mereka menjadi mangsa keganasan rakyat negara itu yang mengadakan demonstrasi menuntut Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.

"Kami masih tidak mengetahui jumlah pelajar yang dapat dipindahkan ke Arma sejak 25 Januari lepas kerana kerajaan Mesir telah menguatkuasakan perintah berkurung bermula pada hari berkenaan,” katanya.

Muhammad Husaini, yang juga pelajar perubatan di Universiti Kaherah, berkata perintah berkurung berkenaan dilaksanakan mulai 3 petang hingga 8 pagi esok (9 malam hingga 2 petang esok waktu Malaysia).

Menurutnya pelajar-pelajar Malaysia hanya mengetahui keadaan di luar menerusi paparan berita menerusi televisyen dan radio kerana kerajaan Mesir telah memotong talian internet bagi mengelakkan penyebaran anasir berunsur hasutan.

"Hanya talian telefon yang masih boleh digunakan,” katanya.

Muhammad Husaini turut menghargai kerjasama yang diberikan oleh Kedutaan Malaysia di Mesir yang menghulurkan bantuan makanan serta pakaian kepada pelajar Malaysia yang terjejas.

Sejak Selasa lepas, beberapa demonstrasi jalanan dilaporkan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura yang mengakibatkan kira-kira 100 nyawa terkorban dan lebih 1,000 lagi cedera.

JAWATANKUASA BARU SEKRETARIAT PERMATA 2011

Sempena tahun baru 2011, semua ahli PERMATA telah bersepakat untuk melantik barisan AJK yg baru, semoga semua ahli PERMATA akan lebih rapat dan terbuka untuk membincangkan aktiviti2 sepanjang tahun ini. Walau bagaimanapun, ahli biasa juga turut memainkan peranan penting, bukan hanya tertakluk kepada AJK shj. Semoga keluarga PERMATA akan terus berkembang maju, harmoni, dan bersemangat tinggi terhadap PERMATA.

Yang DiPertua PERMATA : Nurul Maziah Binti Ahmad Rafie

Timb. YDP : Ahmad Feizal Bin Haladin

Naib YDP1 : Ilman Bin Omar

Naib YDP2 : Nur Aliaa Binti Mohd Ezanee

Setiausaha : Fatimah Hamizah Binti Sulaiman

Timb. Setiausaha : Saiful Rahman Bin Ismail

Bendahari : Wan Nur Nadiah Binti Wan Roslee

Timb. Bendahari : Muhammad Ezuan Bin Othman

Exco Sukan & Kebudayaan : Ahmad Abdul Jabbar Bin Alwai

Exco Publisiti : Syarifah Nur Akmal Binti Syed Yusri

Exco Latihan & Kerjaya : Sakinah Binti Abdullah

Exco Tajaan & Ekonomi : Mohd Taufiq Bin Hamid Hamdzah

Exco Teknologi & ICT : Mohd Saufi Bin Jaafar

Exco Keusahawanan : Nurul Safiah Binti Mat Dagang

Exco Hubungan Luar : Farfisa Susani Binti Azmi

Exco Pendidikan : Siti Nadhirah Binti Baharudin

Exco Kebajikan & Keagamaan : Ahmad Mohsein Bin Rosely

Exco Alumni : Mohd Ikhwan Fariz Bin Masri


p/s: Semoga semua take note dengan tugas masing-masing


PERMATA EDUCATIONAL TRIP 2010

PERMATA Educational Trip 2010 ini diadakan pada 21-25 Disember 2010. Program ini bertujuan merapatkan jurang pelajar Terengganu yg berada di luar negara dan mewujudkan hubungan antarabangsa untuk meluaskan bidang pendidikan dalam kalangan pelajar Terengganu. Destinasi kami pada kali ini ialah di Indonesia, iaitu Jakarta & Bandung. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang berada di sana ialah lawatan ke kampus Stie Tridharma Bandung. Kami disambut meriah oleh pelajar & kakitangan kampus tersebut. Agenda lain ialah majlis makan malam bersama YB Razif dengan pelajar Terengganu di Universitas Padjadjaran ...Majlis ini dapat merapatkan ukhwah yg sedia terjalin dan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kami.
Terdapat juga aktiviti sampingan ketika berada di sana. Antaranya ialah lawatan ke tempat2 yg menarik di Indonesia, iaitu Taman Mini Indah dan Menara Monas. Kami turut berpeluang untuk membeli-belah di Mangga Dua.



Kami2 yg suka berlensa....ngee :)





Foto2 Majlis makan malam.....







Antara foto2 kami ketika berada di kampus Stie Tridharma Bandung....




KARNIVAL SUKAN SISWA SISWI PERMATA 2010


Karnival Sukan Siswa Siswi 2010 ini melibatkan seluruh mahasiswa/i dari IPTA/IPTS yang berasal dari Terengganu. Karnival sukan ini diadakan pada 18&19 Jun 2010 bertempat di DS Sport Centre, Chendering. Walaupun penyertaan tidak melibatkan semua IPTA/IPTS, namun karnival ini tetap berlangsung dengan meriah hasil sambutan yang menggalakkan dari mahasiswa/i. Karnival ini terbuka bagi kategori lelaki(futsal) dan perempuan (bola jaring). Yuran penyertaan sebanyak RM50 dikenakan untuk setiap pasukan.

Kategori hadiah : JOHAN- RM1000

NAIB JOHAN- RM750

KETIGA- RM500

KEEMPAT- RM250

Terdapat juga aktiviti sampingan sepanjang majlis berlangsung, iaitu cabutan bertuah. Majlis penutupan Karnival Sukan Siswa Siswi 2010 ini dirasmikan oleh ketua penolong pengarah bahagian tajaan Yayasan Terengganu,En.Razali Mahmud (Pokli). Tahniah diucapkan kpd pemenang, yang kalah jangan berputus asa kerana karnival ini akan diadakan juga pada tahun 2011..;)

* JOM TGK GELAGAT2~


















Pihak sekretariat PERMATA mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yg terlibat dalam menjayakan Karnival Sukan Siswa Siswi 2010 ini. Diharapkan karnival akan datang lebih mendapat sambutan dari semua pihak demi menaikkan nama mahasiswa/i dari Terengganu melalui sekretariat PERMATA ini..

slide show