MAKLUMAT TERKINI

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, November 01, 2009

Kejohanan Futsal PERMATA 2009


Sekretariat Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu akan mengadakan satu kejohanan futsal yang melibatkan anak-anak Terengganu di 23 buah universiti di seluruh malaysia....Kejohanan ini dijangka akan diadakan pada 12 dan 13 Disember 2009 bertempat di Hazlan Indoor Soccer... Kejohanan ini akan dirasmikan oleh Y.B. DATO' AHMAD SHABERY CHEEK,Menteri Belia dan Sukan.. Kepada mana-mana pasukan yang ingin menyertai kejohanan ini bolehlah mengisi borang pendaftaran dan yuran penyertaan sebanyak RM20.00 sahaja..Sebarang Masalah bolehlah menghubungi Mohd Faiz (0139933310) selaku pengarah kejohanan ini...

Monday, August 31, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA MAHASISWA/WI TERENGGANU BERSAMA YAB MENTERI BESAR


SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU MELALUI YAYASAN TERENGGANU AKAN MENGANJURKAN MAJLIS TERSEBUT SEBAGAIMANA KETETAPAN BERIKUT:


TARIKH : 12 SEPTEMBER 2009
JAM : 5.00 PETANG
TEMPAT : PACIFIC BALLROOM
HOTEL SERI PACIFIC
KUALA LUMPUR.

Saturday, July 25, 2009

PESTA MAKANAN DAN BUAH-BUAHAN TERENGGANU (1T 3F)


Kenangan bersama Dato' MB di Majlis 1T 3F yang bertempat di Stadium Bukit Jalil....Pada malam ini Dato' MB meluluskan bas balik kg untuk cuti raya....Terima Kasih Dato'...Jasamu akan kami kenang sampai bila2..Tidak lupa juga kepada MT PERMATA yang bersusah payah untuk menyakinkn Dato' bagi menyediakan bas cuti Raya....

Sunday, July 05, 2009

KEMBARA PENDIDIKAN PERMATA

Sekretariat Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) bersama Yayasan Terengganu dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) terpanggil untuk mengadakan satu program kembara pendidikan bagi memperkasakan institusi pendidikan Negeri Terengganu. Kerjasama yang terjalin ini disebabkan oleh persefahaman yang dicapai untuk melihat anak-anak negeri Terengganu ke arah kecemerlangan dalam semua aspek samada dalam bentuk pendidikan, sosial dan modal insan.


KEMBARA PENDIDIKAN PERMATA ini melibatkan mahasiswa PERMATA dan sekolah menengah yang terpilih di sekitar daerah Kemaman, Dungun, dan Kuala terengganu yang akan dimulakan dengan perasmian dan pelepasan oleh YB Encik Ahmad Razif bin Abd. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi, dan Sumber Manusia Negeri Terengganu di Dewan Konvensyen Wisma Darul Iman. Melalui program ini kita dapat menghasilkan anak-anak negeri Terengganu yang cemerlang dari segi pendidikan sosial,dan modal insan dan selaras dengan visi dan matlamat kerajaan negeri Terengganu Darul Iman.

ANTARA FOTOGENIK YANG DIRAKAMKAN...




KETIBAAN DI SEKOLAH TENGKU INTAN ZAHARAH DAN
MENDENGAR TAKLIMAT DARI PIHAK SEKOLAH
ADIK-ADIK DARI SEKOLAH TENGKU INTAN ZAHARAH
KHUSYUK MENDENGAR DAN MELIHAT RAKAN-RAKAN
MEREKA MENYAMPAIKAN PERSEMBAHAN MASING-MASING
PARA PELAJAR SEKOLAH MENYAMPAIKAN
PERSEMBAHAN YANG SANGAT MENGHIBURKAN.

ANTARA OTAI DALAM PERMATA YANG TAHU SELOK
BELOK PERJALANAN PROGRAM DAN JUGA
TENTANG PERMATA (ABG FAIQ)

KEMBARA PENDIDIKAN PERMATA















PENGARAH YAYASAN TERENGGANU,
TUAN HJ. KAMARU AL AMIN MENYAMPAIKAN
SEDIKIT AMANAT SEBELUM PERLEPASAN
KEMBARA KE DAERAH DUNGUN PADA HARI PERTAMA..


















PERMATA BOLEH!!!!!...ITULAH KATA-KATA AZIMAT
YANG DILAUNGKAN SEBELUM PESERTA KEMBARA
DILEPASKAN OLEH PENGARAH YT...

Program Bina Diri Permata Di Pulau Redang

BERSAMA PENASIHAT PERMATA IAITU
ENCIK RAZALI ATAU LEBIH DIKENALI
SEBAGAI POKLI DI KALANGAN AHLI PERMATA

PUTERI-PUTERI PERMATA

AKTIVITI BBQ YANG MANA IKAN DISPONSOR
OLEH MARITIM MALAYSIA YANG
BERPENGKALAN DI PULAU KAMBING

MENDENGAR TAKLIMAT DARIPADA PEGAWAI DAERAH SETIU,
Y.BHG TUAN HAJI WAN NAWAWI BIN HJ WAN ISMAIL (BERBAJU KUNING)

AKTIVITI MENYIANG IKAN SEBELUM BBQ
DIADAKAN PADA MALAM HARI..


TEKUN MENGELUARKAN PENDAPAT MASING-MASING
DALAM PROGRAM KALENDAR AKTIVITI PERMATA

ANTARA CADANGAN MENARIK YANG
DIUTARAKAN OLEH IZY...

AKTIVITI RIADAH DIADAKAN PADA PETANG HARI

SEWAKTU DALAM PERJALANAN KE PULAU REDANG

Sunday, May 17, 2009

PROGRAM "TITIPAN KASIH,TITIAN KECEMERLANGAN" MENCAPAI OBJEKTIFNYA....SYABAS!!!


















Program "Titipan Kasih Titian Kecemerlangan" program anak angkat Sekretariat PERMATA mencapai objektifnya. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam memberi impak yang amat berkesan kepada penduduk kampung langkap serta peserta-peserta yang terlibat. Hasrat kerajaan negeri untuk memastikan satu keluarga satu graduan memanggil Sekretariat PERMATA untuk merealisasikan impian tersebut. Program-program keagamaan, akademik, kerja-kerja sosial memberi ruang dan peluang kepada anak-anak orang kampung untuk bersama-sama mahasiswa menjayakan program tersebut. Secara tidak langsung ianya memberi satu harapan dan iktizam kepada remaja-remaja kampung langkap untuk menjejak kaki ke menara gading dengan sokongan dan dorongan oleh mahasiswa-mahasiswi Sekretariat PERMAT. Syabas dan taniah di atas kesungguhan semua

Antara Kepimpinan Sekretariat PERMATA

Nadi Penggerak Sekretariat PERMATA En Mohd Razali Bin Mahmud....penuh dengan tanggungjawab untuk melihat Sekretariat PERMATA terus kukuh dan mampu melahirkan mahasiswa anak Terengganu yang berkebolehan dan berdaya saing.
Jejaka Sekretariat PERMATA....
Kejelikitan di antara Ahli Sekretariat PERMATA memudahkan tugasan yang diberi dilaksanakan bersama
Bakal pemimpin di masa kan datang
Keayuan gadis anak terengganu terbukti
berbincang dan bermusyuwarah bersama dalam membuat keputusan menjadikan satu-satu agenda yang dilaksanakan oleh Sekretariat PERMATA mampu mencapai sasarannya
Gadis-gadis Terengganu comel-comel belaka....Barisan kepimpinan wanita Sekretariat PERMATA

Majlis Penyerahan Anak Angkat

Majlis Penyerahan Anak Angkat oleh Y.Bhg Tuan Haji Wan Nawawi Wan Ismail Pegawai Daerah Setiu (PEMBUKAAN)
Majlis Penyerahan Anak Angkat oleh Y.B Dato' Mohd Jidin bin Shafee Ahli Parlimen Setiu (PENUTUP)

Berarak ke Balai Raya bagi menjayakan upacara Penyerahan Anak Angkat
kompang dipalu selawat dialunkan.........sambutan yang diberkan oleh penduduk kg Langkap menyemarakkan lagi mahasiswa anak Terengganu untuk terus berbakti kepada mansyarakat

Kelas Tuisyen

Beri perhatian apa yang diperkatakan oleh Mahasiswa

Tuisyen turut diberikan kepada pelajar sekolah rendah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Dan Matematik.

Ceramah Agama


Sekretariat PERMATA turut mempunyai mahasiswa yang berkemampuan dan berkelayakan untuk menyampaikan ceramah agama untuk diberi pendedahan kepada penduduk kampung. Ceramah agama yang disampaikan oleh bekas YDP PERMATA Ustaz Muzammil memberi kesan yang amat mendalam kepada penduduk kampung untuk bersama-sama merenung dan menghayati diri sendiri dalam mengharungi hidup yang penuh pancaroba. Diharap Sekretariat PERMATA mampu melahirkan mahasiswa anak Terengganu yang berkemampuan dalam semua aspek.

Motivasi Spritual



Motivasi Spritual merupakan salah satu aktiviti yang turut dijayakan oleh Sekretariat PERMATA, di mana peranan mahasiswa cuba untuk mendorong dan memberi keinsafan kepada pelajar-pelajar betapa pentingnya menuntut ilmu dan berbakti kepada ibubapa. Program ini berjaya dilaksanakan
dengan jayanya.

"Fun English With English"












Porgam "Fun English With English" memberi kesan yang besar terhadap pelajar-pelajar sekolah yang telah dilaksanakan oleh sekretariat PERMATA. Program yang berunsurkan hiburan bahasa Inggeris dimana pelajar-pelajar akan dibimbimg oleh Sekretariat PERMATA akan memerpsembahkan aktiviti-aktiviti drama, nasyid, pentomin dan sebagainya. Aktiviti ini secara tidak langsung akan memupuk minat pelajar-pelajar untuk mempelajari Bahasa Inggeris secara amnya. Program ini melibatkan mahasiswa anak Terengganu yang mengambil jurusan Tesl di seluruh IPTA. program ini sekaligus mampu memberi faedah bersama anatara pelajar, penduduk kampung dan mahasiswa anak Terengganu.

Monday, February 16, 2009

MAJLIS PELANCARAN SEKRETARIAT PERMATA


Majlis pelancaran sekretariat PERMATA ini telah dilancarkan oleh YB Encik Ahmad Razif bin Abd Rahman pada 16 Januari 2009 bersamaan dengan hari Jumaat di Wisma Darul Iman . Seramai 700 orang mahasiswa dari pelbagai universiti telah datang ke majlis ini untuk sama-sama memberi sokongan di atas majlis pelancaran ini. Dengan pelancaran ini, diharap PERMATA akan terus dapat menjalankan pelbagai program yang telah dirangka dan sama-sama dapat menjulang Mahasiswa Anak Terengganu ini.

PENASIHAT PERMATA



En Mohd Razali Bin Mahmud Ketua Penolong Pengarah Tajaan Yayasan Terengganu merupakan penasihat kepada sekretariat Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu(PERMATA) yang bernaung di bawah Yayasan Terengganu. Beliau seorang pegawai selaku pemimpin yang amat berkaliber dan disangjung tinggi oleh mahasiswa dan mahasiswi anak Terengganu di atas pengorbanan beliau dalam membangunkan mahasiswa Terengganu. Pelbagai program dan aktiviti dirangka bersama bagi memantapkan serta menonjolkan mahasiswa Terengganu di peringakat Global.

Menurut Beliau " mahasiswa merupakan tunjang serta aset kepada setiap negeri kerana mereka inilah yang akan menerajui tapuk pemerintahan negeri di masa akan datang. Golongan yang berpendidikan tinggi ini harus diambil berat untuk diasuh dengan aspek kepimpinan agar mereka semua mampu menjadi anak negeri Terengganu yang holistik atau mengetahui kesemua aspek sehingga menjadi seorang yang cemerlang, gemilang dan terbilang".

Sunday, February 15, 2009

Program ‘Amazing English Camp’ bermanfaat



KUALA TERENGGANU – Program ‘Amazing English Camp’ anjuran bersama Yayasan Terengganu dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) dilihat mampu membantu pelajar menguasai bahasa Inggeris (BI) dengan mudah.

Timbalan Pengarah Yayasan Terengganu (Pen-didikan), Zakaria Yusoh berkata, program berkenaan banyak memberi manfaat kepada setiap pelajar terpilih.

“Selain mengikuti setiap aktiviti disusun, pelajar ini mendapat banyak input berguna hasil daripada tunjuk ajar 20 fasilitator dari tiga buah universiti iaitu Universiti Teknologi Petronas, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Pendidikan Sultan Idris yang mengikuti program TESL di universiti masing-masing,” katanya.

Sementara itu, menurut Zakaria, seramai 200 pelajar Tingkatan Empat dan Lima dari 16 buah sekolah menengah Parlimen Kuala Terengganu terpilih mengikut program ‘Amazing English Camp’ yang julung kali diadakan bertempat Peladang Setiu Agro Resort.

“Tujuan program, memupuk minat pelajar belajar BI dengan lebih mendalam, mewujudkan kemahiran berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program ‘Amazing English Camp’ di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Sheikh Abdul Malek.

Ditanya mengenai pemilihan fasilitator yang terdiri dalam kalangan mahasiswa universiti, Zakaria berkata, ia adalah satu keputusan sangat tepat.

“Fasilitator terpilih adalah kalangan mereka yang sudah menguasai BI.

“Jadi tidak salah jika mereka membantu peserta untuk meningkatkan penge-tahuan dalam bahasa itu,” katanya.

Peruntukan RM25,000 bantu mahasiswa T'ganu




KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri akan menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM25,000 kepada 22 persatuan mahasiswa anak Terengganu di seluruh institut pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, bantuan penyaluran sumber kewangan itu akan bermula awal Januari ini melalui Yayasan Terengganu (YT).

“Sebenarnya, negeri ini masih lagi ketinggalan dalam bidang pendidikan, justeru, kerajaan negeri tidak jemu-jemu berusaha memajukan aspek ini walaupun terpaksa mengeluarkan peruntukkan besar kerana itu adalah keutamaan kami.

“Kerajaan negeri komited mahu memajukan bidang pendidikan kerana kami percaya, hanya pendidikan sahaja yang dapat mengubah minda masyarakat tempatan,” katanya kepada Sinar Harian ketika menghadiri Majlis Himpunan Mahasiswa Anak Terengganu 2008 di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd Rahman dan Pengarah YT, Kamarul Al-Amin Ismail.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, pihaknya sendiri akan turun padang melihat keadaan sebenar mahasiswa anak Terengganu di seluruh IPTA, tahun hadapan.

“Saya pernah menjadi mahasiswa satu ketika dahulu, sudah tentulah saya memahami kesusahan yang dialami penuntut ketika di universiti.

“Kami juga bercita-cita mahu melahirkan jurutera anak Terengganu bagi memastikan mereka cemerlang sama ada di dalam mahupun luar negara, sekali gus membantu memenuhi sumber tenaga negara dan negeri ini, khususnya pada masa akan datang dalam pelbagai bidang,” katanya.

Himpunan Mahasiswa T’ganu 2008 capai matlamat




KUALA TERENGGANU – Seramai 2,310 mahasiswa negeri ini hadir pada majlis Himpunan Mahasiswa Terengganu 2008, anjuran kerajaan negeri Terengganu dan Yayasan Terengganu (YT) dengan kerjasama Sekretariat Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) di Dewan Besar Wisma Darul Iman.

Ketua Penolong Pengarah YT, Mohd Razali Mahmud berkata, jumlah berkenaan meningkat berbanding tahun sebelumnya.

“Jika sebelum ini iaitu pada tahun 2007, kita mampu mengumpulkan 2,100 mahasiswa negeri ini tetapi kali ini peningkatan sebanyak 200 orang adalah sangat bermakna.

“Ia menunjukkan program ini mampu memberi mesej tersendiri kepada golongan cerdik pandai,” katanya.

Menurut Mohd Razali, program Himpunan Mahasiswa Terengganu 2008 itu bertujuan berkongsi pemikiran dan memupuk jalinan erat antara mahasiswa serta kepimpinan negeri.

“Program juga bertujuan menanam dan menyemarakkan rasa cinta mahasiswa kepada negeri, selain berusaha memartabatkan Terengganu sebagai negeri maju serta moden,” katanya.

Sementara itu, mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) yang juga timbalan pengarah program, Mohd Faiq Mohd Abdul Majid berkata, kehadiran penuntut dari 22 institusi pengajian tinggi awam dan swasta menunjukkan komitmen mereka dalam memperoleh kecemerlangan ilmu.

“Bukan mudah menggabungkan kesemua mahasiswa dalam satu masa tetapi Himpunan Mahasiswa Terengganu berjaya membuktikannya dan kita berharap supaya program ini diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Menurutnya, Permata telah diwujudkan di sesetengah IPT dengan tujuan mempelbagaikan program mahasiswa negeri ini tetapi di UUM, pihaknya mengambil inisiatif menubuhkan Persatuan Ad Hoc dan keanggotaannya adalah anak negeri ini.

Saturday, February 14, 2009

Kursus Ketrampilan Kepimpinan Permata



Kursus Ketrampilan Kepimpinan Permata yang telah diadakan di Melaka bertujuan untk mengeratkan serta memperkukuhkan hubungan di antara Ahli Jawatankuasa Sekretariat Permata yang mewakili setiap universiti di Mlaysia. Program ini mendedahkan kepada mahasiswa berkaitan dengan aspek kepimpinan yang harus diamalkan sebagai persedian untuk menjadi generasi yang akan mentadbir negara di masa akan datang.

slide show