MAKLUMAT TERKINI

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, February 15, 2009

Program ‘Amazing English Camp’ bermanfaat



KUALA TERENGGANU – Program ‘Amazing English Camp’ anjuran bersama Yayasan Terengganu dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) dilihat mampu membantu pelajar menguasai bahasa Inggeris (BI) dengan mudah.

Timbalan Pengarah Yayasan Terengganu (Pen-didikan), Zakaria Yusoh berkata, program berkenaan banyak memberi manfaat kepada setiap pelajar terpilih.

“Selain mengikuti setiap aktiviti disusun, pelajar ini mendapat banyak input berguna hasil daripada tunjuk ajar 20 fasilitator dari tiga buah universiti iaitu Universiti Teknologi Petronas, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Pendidikan Sultan Idris yang mengikuti program TESL di universiti masing-masing,” katanya.

Sementara itu, menurut Zakaria, seramai 200 pelajar Tingkatan Empat dan Lima dari 16 buah sekolah menengah Parlimen Kuala Terengganu terpilih mengikut program ‘Amazing English Camp’ yang julung kali diadakan bertempat Peladang Setiu Agro Resort.

“Tujuan program, memupuk minat pelajar belajar BI dengan lebih mendalam, mewujudkan kemahiran berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program ‘Amazing English Camp’ di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Sheikh Abdul Malek.

Ditanya mengenai pemilihan fasilitator yang terdiri dalam kalangan mahasiswa universiti, Zakaria berkata, ia adalah satu keputusan sangat tepat.

“Fasilitator terpilih adalah kalangan mereka yang sudah menguasai BI.

“Jadi tidak salah jika mereka membantu peserta untuk meningkatkan penge-tahuan dalam bahasa itu,” katanya.

No comments:

Post a Comment

slide show