MAKLUMAT TERKINI

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, February 11, 2011

KARNIVAL SUKAN SISWA SISWI PERMATA 2010


Karnival Sukan Siswa Siswi 2010 ini melibatkan seluruh mahasiswa/i dari IPTA/IPTS yang berasal dari Terengganu. Karnival sukan ini diadakan pada 18&19 Jun 2010 bertempat di DS Sport Centre, Chendering. Walaupun penyertaan tidak melibatkan semua IPTA/IPTS, namun karnival ini tetap berlangsung dengan meriah hasil sambutan yang menggalakkan dari mahasiswa/i. Karnival ini terbuka bagi kategori lelaki(futsal) dan perempuan (bola jaring). Yuran penyertaan sebanyak RM50 dikenakan untuk setiap pasukan.

Kategori hadiah : JOHAN- RM1000

NAIB JOHAN- RM750

KETIGA- RM500

KEEMPAT- RM250

Terdapat juga aktiviti sampingan sepanjang majlis berlangsung, iaitu cabutan bertuah. Majlis penutupan Karnival Sukan Siswa Siswi 2010 ini dirasmikan oleh ketua penolong pengarah bahagian tajaan Yayasan Terengganu,En.Razali Mahmud (Pokli). Tahniah diucapkan kpd pemenang, yang kalah jangan berputus asa kerana karnival ini akan diadakan juga pada tahun 2011..;)

* JOM TGK GELAGAT2~


















Pihak sekretariat PERMATA mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yg terlibat dalam menjayakan Karnival Sukan Siswa Siswi 2010 ini. Diharapkan karnival akan datang lebih mendapat sambutan dari semua pihak demi menaikkan nama mahasiswa/i dari Terengganu melalui sekretariat PERMATA ini..

No comments:

Post a Comment

slide show