MAKLUMAT TERKINI

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, February 11, 2011

MAHASISWA TERENGGANU DI MESIR SELAMAT TIBA DI MALAYSIA

Penumpang berhimpit-himpit ketika menunggu di balai berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, awal pagi semalam selepas kebanyakan negara meminta warganya keluar dari Mesir berikutan ketegangan semakin memuncak meminta pengunduran Presiden Hosni Mubarak yang memasuki hari ketujuh, semalam.

Pelajar Terengganu di bawah tajaan Yayasan Terengganu yang sedang belajar di beberapa tempat di Mesir, kini dalam keadaan selamat.

Pengarah Yayasan Terengganu Aziz Mamat berkata, pihaknya sentiasa berhubung dengan kedutaan bagi mengetahui keadaan pelajar dan perkembangan terbaru keadaan di negara itu.

"Ketua Penolong Pengarah YT Razali Mahmud telah dihantar ke Wisma Putera di Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan lanjut tentang pelajar kita di sana," katanya semalam.

Aziz berkata, terdapat kira-kira 233 pelajar tajaan Yayasan Terengganu yang sedang belajar dalam pelbagai jurusan di Mesir seperti di Mansurah, Iskandariah dan Kaherah.

Beliau berkata, semua pelajar dinasihatkan supaya tinggal di asrama dan jangan keluar dari kediaman masing-masing.

"Kita difahamkan laporan daripada Wisma Putera, pergolakan di Mesir kini sudah sampai ke tahap Oren dari Kuning. Apabila sampai ke tahap Merah, pelajar ini akan dibawa keluar dari negara itu," katanya.

Sementara itu, laporan Bernama menyebut seramai 500 pelajar Malaysia akan berpindah secara berperingkat-peringkat dari kediaman masing-masing ke Rumah Melayu Abasiah Mesir (Arma) di Abasiah, Kaherah mulai semalam.

Presiden Persatuan Pelajar-Pelajar Perubatan Malaysia-Mesir , Muhammad Husaini Saleh berkata, arahan berpindah itu dikeluarkan oleh Kedutaan Malaysia di Mesir bagi mengelak mereka menjadi mangsa keganasan rakyat negara itu yang mengadakan demonstrasi menuntut Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.

"Kami masih tidak mengetahui jumlah pelajar yang dapat dipindahkan ke Arma sejak 25 Januari lepas kerana kerajaan Mesir telah menguatkuasakan perintah berkurung bermula pada hari berkenaan,” katanya.

Muhammad Husaini, yang juga pelajar perubatan di Universiti Kaherah, berkata perintah berkurung berkenaan dilaksanakan mulai 3 petang hingga 8 pagi esok (9 malam hingga 2 petang esok waktu Malaysia).

Menurutnya pelajar-pelajar Malaysia hanya mengetahui keadaan di luar menerusi paparan berita menerusi televisyen dan radio kerana kerajaan Mesir telah memotong talian internet bagi mengelakkan penyebaran anasir berunsur hasutan.

"Hanya talian telefon yang masih boleh digunakan,” katanya.

Muhammad Husaini turut menghargai kerjasama yang diberikan oleh Kedutaan Malaysia di Mesir yang menghulurkan bantuan makanan serta pakaian kepada pelajar Malaysia yang terjejas.

Sejak Selasa lepas, beberapa demonstrasi jalanan dilaporkan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura yang mengakibatkan kira-kira 100 nyawa terkorban dan lebih 1,000 lagi cedera.

No comments:

Post a Comment

slide show